Begini..

Tuesday, March 6, 2012 0 comments

Nak ku tegur, tak sampai hati. Kadang kadang ku rasa, Allah, mungkin mereka lebih hebat lebih arif dari aku.
Siapa aku untuk berkata, bukan?

Terjadi di depan mata, aku menjadi lemah. Selemah lemah manusia. Hanya ku pandang mereka, hanya ku pandang. Kadang kadang ku ukir senyuman tatkala mereka sedar ku memandang. Senyuman itu, mungkin telah menyebabkan diriku berdosa kerana seolah olah menyokong perkara yang ku cuba untuk bendung.

Macammana aku nak kata, tanpa sesiapa terasa?

Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin.

Cuma ku terkilan, imej yang kalian bawa, tak seiring tata-budibicara yang kalian pamerkan. Hmm. Begini, tanya diri kalian semula, apakah sebabnya? Apakah sebabnya kalian memilih pendekatan untuk menurut sunnah, menutupi sebahagian muka? Mengapakah, sebenarnya?

Bukan ku menolak pilihan kalian. Malahan, aku menyokong sepenuhnya apa yang kalian cuba bawa. Cuma, ku sedih, hampa, rasa bagaikan retak sedikit hatiku melihatkan kalian bagai mempermainkan sunnah ini.

Bagaimana ku katakan kalian mempermainkannya?

Lihat semula. Tujuannya adalah bagi menutup pintu fitnah. Bagi menjauhkan diri kita dari maksiat, dan mendekatkan diri kita Yang Maha Esa. Bukan hendak katakan orang yang berniqab ini baik, lebih baik, atau terlebih baik. Cuma mahu katakan bahawa orang orang ini cuba untuk menjauhkan diri daripada yang kurang baik. Mereka yang mengamalkan sunnah ini cuba untuk tidak terjerumus dalam medan fitnah itu.

Allah hu Rabbi. Tahukah kalian betapa sedihnya aku? Tatkala kau bergerombolan dengan kaum tidak sejantina itu? Tatkala kau bergelak ketawa. Kadang kadang ku lihat kalian berdua-duaan. Allah! Allah! Sedih hatiku Ya Allah. Mengapa kalian membawa fitnah kepada apa yang kalian pamerkan?

Kalian telah memburukkan nama Islam. Kalian membawa fitnah kepada Islam itu sendiri. Mengapa? Supaya kalian dapat bersuka bertentang mata dengan kaum yang bukan mahram itu?

Aku sedih, hampa melihat kalian. Itu aku. Seorang hamba Allah. Yang lemah, yang tidak mampu, dan masih banyak kurangnya.

Apakan lagi Allah yang Maha Hebat itu? Pastinya lebih sedih daripadaku.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 nunagon | TNB